DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BANDAR BARU BANGI
DALAM NEGERI
PERMOHONAN PEMULA DISTRESS NO: XXXXXXXXX
ANTARA
XXXXXXXXXXX
(K/P NO. XXXXXXXXXXXXX) …PLAINTIF
DAN
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX.
(No. Syarikat XXXXXXXXX) …DEFENDAN
WRIT DISTRES
Kepada: Bailif
Mahkamah Majistret
Bandar Baru Bangi
Saya dengan ini mengarahkan kamu supaya menahan harta alih yang dijumpai dalam premis No 3, XXXXXXXXXXXXXXXXX, 43300 Balakong, Selangor untuk jumlah wang sebanyak RM 22,660.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Enam Ratus Enam Puluh Sahaja) yang merupakan amaun baki sewa untuk September 2007 hingga Mac 2008 pada kadar sebanyak RM XXXXX00 sebulan yang kena dibayar kepada Plaintif bagi premis itu beserta dengan kos sebanyak RM 108-00 dan fee yang ditetapkan dan perbelanjaan bagi melaksanakan writ ini mengikut peruntukan-peruntukan Akta Distress 1951.
Tetapi kamu adalah dengan ini secara nyatanya dilarang daripada mengambil apa-apa harta yang tidak boleh disisi undang-undang dikenakan distres untuk mendapatkan sewa.
Bertarikh pada haribulan ,2008
Catatan No. Tahun 2008
………………………………..
Pendaftar
Mahkamah Majistret
Bandar Baru Bangi
Writ Distres ini difailkan oleh Tetuan Feisal & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang mempunyai alamat penyampaian di XXXXXXXXXXXXXX, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2283 2879 Fax: 03 2283 5235
[Ruj Kami: XXXXXXXXXX]
0 comments:
Post a Comment