Sunday, November 23, 2008

Perintah JDS

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANJUNG MALIM

DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

SAMAN NO : 761-61-2011

ANTARA

XXXXXXXXXX PLAINTIF

DAN

XXXXXXX DEFENDAN

DI HADAPAN TUAN XXXXXXXXXXX

MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET TANJUNG MALIM

PADA 15HB NOVEMBER 2006 DALAM MAHKAMAH TERBUKA

PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Plaintif yang dinamakan di atas DAN SETALAH MEMBACA Saman Penghutang Penghakiman bertarikh 21hb September 2005, Permintaan Untuk Mendapatkan Saman Penghutang Penghakiman bertarikh 19hb September 2005 dan Afidavit Penyampaian diikrarkan oleh XXXXXXXXXX pada 06hb Januari 2006 yang kesemuanya difailkan di dalam ini DAN SETELAH MENDENGAR Encik XXXXX, peguam bagi pihak Plaintif dan Encik XXXXX, peguam bagi pihak Defendan dan dalam kehadiran pihak Defendan ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa:

1. Defendan menjelaskan jumlah terhutang seperti di dalam Penghakiman bertarikh 04hb Februari berjumlah RM22,000.00 dengan faedah pada kadar 8.0% setahun ke atas jumlah RM22,000.00 dari 01hb Januari 2002 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM2,282.00; dan berikutan dengan penghakiman itu jumlah sebanyak RM30,824.84 masih lagi terhutang pada 19hb September 2005;

2. Jumlah terhutang sebanyak RM30,824.84 setakat 19hb September 2005 termasuk kos sebanyak RM2,282.00 akan dibayar secara ansuran sebanyak RM600.00 sebulan mulai pada atau sebelum 10hb Disember 2006 dan berterusan dibayar pada setiap 10 haribulan bulan-bulan berikutan sehingga penyelesaian penuh hutang tersebut.

Bertarikh pada 15 haribulan November 2006

…………………………… ……………………………

Tetuan FEISAL Majistret

Peguamcara Plaintif Mahkamah Majistret

Tanjung Malim, Perak

……………………………

Tetuan T.ANDA

Peguamcara Defendan

Perintah ini dikeluarkan oleh Tetuan Feisal, peguamcara bagi pihak pemiutang penghakiman yang mempunyai alamat penyampaian di XXXXXXXXXX, Kuala Lumpur.

Tel: ; Faks:

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger