Sunday, November 23, 2008

AFIDAVIT MENYOKONG PERMOHONAN DISTRES

AFIDAVIT MENYOKONG PERMOHONAN DISTRES


Saya, XXXXXXXX (No. K/P: XXXXX) warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No 69 XXXXXXXXXXXXXXXXXX, 56000 Kuala Lumpur dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah pemegang kuasa wakil bagi adik saya, Plaintif yang dinamakan di atas yang merupakan pemilik premis tersebut. Sesalinan surat wakil yang didaftarkan dengan Mahkamah Tinggi sekarang ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “TKA-1”.

2. Segala fakta yang dideposkan di sini adalah benar berdasarkan kepada pengetahuan peribadi saya atau pun berdasarkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang mana saya mempunyai akses kepadanya.

3. Pada 1.4.2007, Plaintif dan Defendan telah memasuki suatu Perjanjian Sewa di mana Plaintif telah bersetuju untuk menyewakan premisnya bernombor No 3, XXXXXXXXXXXXXXXX, Selangor yang bermula pada 1.4.2007 dan tamat pada 31.3.2009 di mana kadar sewa adalah sebanyak RM 3,380.00 sebulan yang perlu dibayar pada 1 haribulan setiap bulan.

Sesalinan Perjanjian Sewa tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai ekshibit “TKA-2”.

4. Selanjutnya, Defendan telah membayar kepada Plaintif sejumlah RM 3,380.00 untuk tunggakan sewa bulan April 2007 pada 07.08.2007, sejumlah RM 3,380.00 untuk tunggakan sewa bulan Mei 2007 pada 25.9.2007, sejumlah RM 3,380.00 untuk tunggakan sewa bulan Jun 2007 pada 09.10.2007 dan sejumlah RM 3,380.00 untuk tunggakan sewa bulan Julai 2007 yang haya dibayar pada 28.01.2008.

Salinan resit-resit bayaran tersebut dilampirkan di sini secara kolektif dan ditandakan sebagai ekshibit “TKA-3”.

5. Defendan telah gagal membuat pembayaran kepada Plaintif mulai Ogos 2007 sehingga Februari 2008 di mana RM 22,660.00 kini, adalah tertunggak.

6. Oleh yang demikian, Defendan adalah berhutang sewa dengan Plaintif sebanyak RM 22,660.00 setakat 29.2.2008

Oleh itu, saya memohon satu perintah seperti yang dipohon di dalam Permohonan Pemula ex-parte yang difailkan bersama-sama di sini.

Diikrarkan oleh )

XXXXXXXXXXXXX )

No. K/P: XXXXXXXXXXXXX )

di Kuala Lumpur )

pada )

Di hadapan saya,

……………………………………

PESURUHJAYA SUMPAH

Afidavit Menyokong Permohonan Pemula Ex-Parte ini difailkan oleh Tetuan Feisal & Associates, peguamcara bagi pihak Plaintif yang mempunyai alamat penyampaiannya di No. XXXXXXX, Kuala Lumpur.

Tel: XXXXXXX

[Ruj: XXXXXXXXXXXXXXXXX]

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger