Sunday, November 23, 2008

Notis JDS

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANJUNG MALIM

DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

SAMAN NO : 72-33-2011

ANTARA

AHMAD BIN SABU PLAINTIF

DAN

ABU Bin ALI DEFENDAN

PERMINTAAN UNTUK MENDAPATKAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Kepada:

Pendaftar

Mahkamah Rendah

Tanjung Malim, Perak

Sila keluarkan Saman Penghutang Penghakiman terhadap John Kingham yang beralamat di XXXXXXXXXXXX, Tanjong Malim, 35900 Perak Darul Ridzuan berkenaan dengan Penghakiman di dalamnya bertarikh 04 Februari 2005 yang masih belum dijelaskan setakat sebanyak RM22,000.00 bersama dengan faedah pada kadar 8% setahun dari 01 Januari 2002 sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya dan kos tindakan sebanyak RM2,282.00.

Jumlah yang terhutang sepertimana pada 19 September 2005 adalah RM30,824.84 yang terdiri daripada amaun-amaun berikut:-

Butir-butir

Jumlah Penghakiman RM22,000.00

Tambah Faedah pada kadar 8% setahun ke atas

RM22,000.00

(i) dari 01.01.2002 sehingga 31.12.2004 RM 5,280.00

(ii) dari 01.01.2005 sehingga 19.09.2005 RM 1,262.84

Tambah Kos RM 2,282.00

------------------

Jumlah terhutang setakat 19.09.2005 RM30,824.84

===========

Suatu salinan Penghakiman bermeterai adalah dikepilkan bersama-sama ini.

Bertarikh pada 19 haribulan September 2005

……………………………......

Peguamcara bagiPemiutang Penghakiman

Permintaan Untuk Mendapatkan Saman Penghutang Penghakiman ini dikeluarkan oleh Tetuan Feisal, peguamcara bagi pihak pemiutang penghakiman yang mempunyai alamat penyampaian di XXXXXXXXXXXXXXX, Kuala Lumpur.

Tel: ; Faks:

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger