Sunday, November 23, 2008

SEWA - Distress order

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BANDAR BARU BANGI
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA
PERMOHONAN PEMULA DISTRESS NO:____

Antara

XXXXXXXX

(K/P NO. XXXX-14-5481) …PLAINTIF

DAN

XXXXXXXXX.

(No. Syarikat 5XX945-H) …DEFENDAN

PERMOHONAN PEMULA (EX-PARTE)

AMBIL PERHATIAN bahawa Plaintif yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah Majistret di Bandar Baru Bangi pada haribulan 2008 pada pukul pagi/petang untuk sesuatu perintah yang menyatakan seperti berikut: -

a) Suatu Writ Distres dikeluarkan terhadap Defendan untuk jumlah wang sebanyak RM 22,660.00 yang merupakan sewa tertunggak bagi premis bernombor No 3, _____________________, 43300 Balakong, Selangor yang disewakan kepada Defendan;

b) Bahawa Bailif Mahkamah Rendah Bandar Baru Bangi, Selangor diberi kebenaran melaksanakan Writ Distress terhadap premis bernombor No 3, Jalan _________________, 43300 Balakong, Selangor dan untuk membuka pintu secara paksaan (forceable entry) sekiranya diperlukan pada masa pelaksanaan Writ Distres;

c) Bahawa kos permulaan ini dan fee yang ditetapkan bagi melaksanakan Writ ini mengikut peruntukan Akta Distres 1951 dibayar oleh Defendan; dan

f) Apa-apa butir lanjut atau relief selanjutnya yang Mahkamah yang Mulia ini fikirkan sesuai untuk diberi.

Bertarikh pada haribulan , 2008.

……………………………

Pendaftar

Mahkamah Rendah

Bandar Baru Bangi

Permohonan Pemula Ex-Parte ini difailkan oleh Tetuan Feisal & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang mempunyai alamat penyampaian di XXXXXXXXXX, Kuala Lumpur.

Tel: XXXXXXX Fax:XXXXXXX

[Ruj Kami: XXXXXXXXXXXX]

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger